Wednesday, January 4, 2012

Hari Pertama Persekolahan 2012 anak-anak PASTi AL HILMI




Seperti yang telah di jangka, hari persekolahan anak-anak penuh dengan dugaan dan cabaran. Ada anak-anak yang berdiri di pintu pagar sekolah tak nak masuk kelas, yang menangis sampai ‘basah’ seluar disamping ada juga yang terpinga-pinga tak tau apa nak buat. Ibubapa pula yang ‘confident’ dengan anak-anak masing-masing terus sahaja meningalkan perkarangan PASTI meneruskan urusan sendiri seperti biasa. Tapi bagi ibupaba yang buat pertama kali menghantar anak ke PASTI ada yang masuk ke bilik darjah bersama anak-anak sehingga tamat sesi pagi persekolahan.

Apa pun ucapan syabas kepada ibubapa semua yang telah ‘melalui’ hari pertama ini dengan sabar dan berlapang dada dengan anak-anak. Tidak lupa juga kepada semua guru-guru dan pembantu guru yang sentiasa berada bersama pelajar ‘menghadapi kerenah’ mereka di hari pertama persekolahan. Penghargaan juga kepada En Saidi yang telah menguruskan urusan pengangkutan bagi memudahkan ibubapa yang bekerja mengendalikan anak-anak mereka sepanjang sesi persekolahan 2012 ini.

Syabas, terima kasih dan tahniah kepada semua yang membantu. Bersyukurlah kita kepada Allah kerana kita telah dianugerahkan anak-anak dan kita doakan semoga mereka menjadi anak-anak yang ‘ sejuk mata memandang’ yang akan mendoakan kita ketika kita sudah tiada di dunia ini lagi.

Terima kasih dan salam hormat dari saya dan Warga PASTI ALHILMI.


Digg Google Bookmarks reddit Mixx StumbleUpon Technorati Yahoo! Buzz DesignFloat Delicious BlinkList Furl

4 comments: on "Hari Pertama Persekolahan 2012 anak-anak PASTi AL HILMI"

Adam Muhaimin Ab Wahab said...

Alhamdulillah Adam Muhaimin x menangis masa 1st day...Alhamdulillah juga dipermudahkan urusan naik van semua...tp hari kedua n ketiga dh buat perangai sikit sbb bkn mamanya yg hantar ke pasti...hehhe....

-Munyati Fariza-

syaironi said...
This comment has been removed by the author.
syaironi said...

syukur alhamdulillah aqil dah berjaya masuk ke pasti al-hilmi, aqil x nangis, aqil suke cikgu suke kawan.. ibu doa kan aqil mjadi anak yg soleh, berani & pandai berdikari... esok ibu dah keje jadi aqil kene tggu ibu amik 630pm so jgn nakal2 tau.. :)

-ibu M.Saufi Aqil-

Post a Comment