Latest Posts

Wednesday, August 6, 2014

Pendaftaran pelajar kemasukan tahun 2016

Pendaftaran pelajar kemasukan tahun 2016 telah pun dibuka. Sila hubungi En Mathurudi ditalian 0133431788 atau Pn Norkhiza ditalian 019 2020984 bagi sebarang pertanyaan. Bagi yang mempunyai akaun email,  sila sms atau WA alamat email untuk kami hantarkan maklumat pendaftaran.

read more...

Monday, June 9, 2014

Jawatan Kosong Guru Tadika

Pasti Al Hilmi memerlukan guru untuk mengajar kelas 4 tahun
Syarat kelayakan minima:
1.Bertudung, Solat 5 waktu
2.SPM/SMA/STAM
3.Sukakan kanak-kanak
*Makan dan tempat tinggal disediakan (bujang)
*Untuk sebarang maklumat sila hubungi Puan NorKhiza di talian 019 2020984 :)
read more...

Thursday, December 12, 2013

Maklumat terkini Pendaftaran 2014

Pendaftaran untuk pelajar 5 tahun telah pun ditutup. Hanya anak anak yang berumur 4 dan 6 tahun sahaja yang akan diterima untuk mendaftar lagi. Pendaftaran akan mula dibuka dari 25 hb. Disember 2013 hingga 31 hb. Disember 2013 dari jam 9.00 pagi ke 1.00 petang. Semoga ibubapa dapat hadir pada tarikh tersebut bagi memudahkan segala urusan pendaftaran.
read more...

Monday, January 7, 2013

Hari Pertama Persekolahan -2013















Assalamuailaikum

Kepada semua anak-anak Pasti AlHilmi, selamat melalui hari pertama persekolahan, Seronok tak? sudah tentu ianya menjadi pengalaman menarik khususnya kepada anak-anak yang pertama kali menghadiri kelas di Pra Tadika tersebut.
Sudah tentu Ibupapa juga merasa teruja dengan telatah anak-anak masing-masing. Tahniah kepada semua ibubapa yang telah meninggalkan anak-anak mereka kepada cikgu buat sementara waktu di Pasti. Untuk pertama kalinya sudah tentu ibubapa merasa risau dan tertanya-tanya tentang telatah anak-anak masing-masing. Dan sudah tentu macam-macam cerita dari anak-anak ketika balik kerumah.Kami doakan anak-anak sentiasa ceria di Pasti Al Hilmi. Di samping itu kami juga doakan keselamatan kita semua khususnya anak-anak kita sentiasa dibawah perhatian dan bimbingan Allah dan semoga tahun 2013 menjadikan tahun pembelajaran yang lebih ceria dan cemerlang berbandingkan dengan tahun-tahun sebelumnya.

Selamat bersekolah dan semoga tarbiah dari Pasti Al Hilmi akan menjadi asas kepada kekuatan aqidah dan akhlak dihari-hari muka.Gambar-gambar di atas menceritakan peristiwa di hari pertama persekolahan.
read more...

Saturday, December 22, 2012

Perutusan Dari PASTI AL-HILMI dan Permulaan Persekolahan Sesi 2013


Assalamualaikum W.B.T

Kepada semua ibu-bapa yang dirahmati Allah sekalian,

Semoga dalam keadaan sihat dan ceria bersama anak-anak sekeluarga. Dalam tidak beberapa hari lagi akan tiba hari persekolahan khususnya anak-anak pra-sekolah yang pertama kali memasuki alam persekolah. Sudah tentu ibu-bapa merasa teruja di samping bimbang untuk meninggalkan anak-anak tersebut buat pertama kalinya.

Bagi memudahkan sesi persekolahan tahun ini di bawah dinyatakan beberapa perkara yang berkaitan yang perlu dipatuhi bersama:

  1. Sila buat pendaftaran dan  bayaran yang berkaitan pada tarikh pendaftaran dibuka pada 25 Dis 2012 sehingga 31 Dis 2012 bermula jam 10:00 pg sehingga jam 2:00 ptg.
  2. Mohon kerjasama ibubapa supaya tidak mendaftar pada pagi hari pertama persekolahan bagi mengelakkan gangguan kepada guru-guru dan pembantu guru yang bertugas. Pendaftaran boleh dibuat pada sebelah petang.
  3. Sayugia dimaklumkan penempatan pelajar Al Hilmi adalah terhad dan sekiranya didapati kelas telah penuh maka pendaftran baru akan ditutup.
  4. Dinasihatkan kepada semua ibubapa untuk meninggalkan anak-anak kepada guru yang bertugas dan tidak dibenarkan tinggal dan menunggu anak-anak khususnya pada hari pertama  persekolahanIni bagi melancarkan lagi sesi pembelajaran pada hari tersebut.
  5. Pada minggu pertama persekolahan, sesi pelajaran akan berakhir pada  jam 11:00 pg. 
  6. Bagi ibubapa yang menggunakan khidmat VAN, sila pastikan  tuan/puan berurusan dengan pemandu Van supaya tidak berlaku salah faham ketika penghantaran anak-anak dilakukan.

Di kesempatan ini untuk semua warga PASTI, kami berdoa semoga sesi pembelajaran 2013 kali ini menjadi sesi yang terbaik dan sentiasa di bawah naungan dan perlindungan Allah SWT.

Sekian, terima kasih dan salam hormat dari kami.

Sirruu Alla barakatillah.





read more...

Sunday, November 25, 2012

Pendaftaran Sesi 2013

Assalamualaikum

Alhamdulillah , saya dan isteri telah selamat pulang  ke Malaysia dari menunaikan ibadah haji pada tahun ini. Terima kasih pada kawan kawan yang mendoakan kesejahteraan kami berdua.

Pasti Alhilmi akan di tutup dari 1 hb. Disember 2012 sehingga 24 hb. Disember 2012. Pendaftaran sesi 2013 akan dibuka semula bermula dari  25 hb. Disember 2012 dari jam 10.00 pagi hingga 2.00 petang.

Sila berhubung dengan En Mathurudi ditalian 013-3431788 dan Pn Norkhiza ditalian 019 - 202098  bagi sebarang pertanyaan berkenaan dengan pendaftaran 2013.

Terima kasih kepada semua yang telah memberi sokongan dan menjayakan Pasti Alhilmi selama ini.
read more...

Thursday, July 26, 2012

Pendaftaran sesi 2013

Assalamualaikum

Selamat menjalani ibadah puasa di bulan ramadhan yang mulia ini. Semoga Allah akan menerima amalan amalan kita dan memberi keampunan kepada kita semua.

Pendaftaran bagi sesi 2013 telah pun dibuka. Ibubapa boleh mendapatkan borang maklumat pelajar dan senarai bayaran yuran tahun 2013 di Pasti Alhilmi. Pelajar pelajar yang sedia ada, diminta mendaftarkan diri dengan guru di Pasti, sekiranya akan hadir pada tahun hadapan.

Kami juga menerima pendaftaran online. Sila email maklumat berikut

1.           Nama Pelajar
2.           Umur pada tahun 2013
3.           Nama ibu/bapa/penjaga
4.           No. telefon ibu /bapa/penjaga

Hantar ke keyczar@gmail.com



read more...