Tuesday, September 6, 2011

Pendaftran PASTI AL HILMI 2012 Dibuka sekarang


Assalamu alaikum wa Rahmatullah wa Barakatu,

Salam Aidil Fitri 2011 kepada semua ibu-bapa dan anak-anak AL HILMI
dan seluruh PASTI di seluruh Malaysia

Kami mengharapkan semua ibubapa dan anak-anak berada di adalm keadaan sihat dan sentiasa di bawah perlindungan Allah hendaknya. Alhamdulillah kita telah melepasi bulan ramadhan dengan jayanya dan sedang meniti puasa 6 hari shawal. Kami mengharapkan semua ibubapa dapat mengharungi puasa 6 dengan jayanya sebagai tanda kesukuran kita dapat berada di bulan yang mulia sebelum ini. Saya doakan semua amal kita diterima Allah sebagai amal solleh dan menjadi simpanan khazanah amal di hadapan Allah di akhirat nanti.

Bagi anak-anak pasti, ada 3 lagi program besar besar yang akan ditempoh iaitu,SUKAN PASTI TAHUNAN, PEPERIKSAN AKHIR TAHUN dan IHTIFAL tahunan 2011. Di harap ibubapa dan anak-anak bersedia bagi menghadapi program-program tersebut dengan jayanya.

Disamping program-program tersebut, Pihak PASTI AL Hilmi juga akan membuka pendaftaran awal 2012 bermula sekarang 11 Sept, 2011. Sebagai pendahuluan, pihak tuan puan boleh mendaftar secara on-line (melaui e-mail keyczar@gmail.com )dengan menyatakan butiran dibawah:-

i. Nama Penjaga (Ibu-Ayah) dan No Tel
ii. Nama Anak
iii. Umur anak tahun 2012
iv. Jangkaan saiz baju anak (anggaran S/M/L/XL/XXL)
v. e-mail penjaga (jika ada)


Maklumat di atas akan membolehkan kami menyediakan persediaan awal dari segi
buku, kelengkapan mengajar, penempatan dan sebagainya untuk penyediaan persekolahan 2012 nanti.

Segala pertanyaan sila berhubung dengan talian dibawah
Mathurudi - 013-343 1788 Puan Norkhiza - 019 2020984


Terima kasih kerana memilih PASTI Al HILMI sebagai penyedian awal pendidikan Islam anak-anak tuan.

Terima kasih dan salam hormat dari Pengurus PASTI AL HILMI.


read more...