Saturday, December 22, 2012

Perutusan Dari PASTI AL-HILMI dan Permulaan Persekolahan Sesi 2013


Assalamualaikum W.B.T

Kepada semua ibu-bapa yang dirahmati Allah sekalian,

Semoga dalam keadaan sihat dan ceria bersama anak-anak sekeluarga. Dalam tidak beberapa hari lagi akan tiba hari persekolahan khususnya anak-anak pra-sekolah yang pertama kali memasuki alam persekolah. Sudah tentu ibu-bapa merasa teruja di samping bimbang untuk meninggalkan anak-anak tersebut buat pertama kalinya.

Bagi memudahkan sesi persekolahan tahun ini di bawah dinyatakan beberapa perkara yang berkaitan yang perlu dipatuhi bersama:

  1. Sila buat pendaftaran dan  bayaran yang berkaitan pada tarikh pendaftaran dibuka pada 25 Dis 2012 sehingga 31 Dis 2012 bermula jam 10:00 pg sehingga jam 2:00 ptg.
  2. Mohon kerjasama ibubapa supaya tidak mendaftar pada pagi hari pertama persekolahan bagi mengelakkan gangguan kepada guru-guru dan pembantu guru yang bertugas. Pendaftaran boleh dibuat pada sebelah petang.
  3. Sayugia dimaklumkan penempatan pelajar Al Hilmi adalah terhad dan sekiranya didapati kelas telah penuh maka pendaftran baru akan ditutup.
  4. Dinasihatkan kepada semua ibubapa untuk meninggalkan anak-anak kepada guru yang bertugas dan tidak dibenarkan tinggal dan menunggu anak-anak khususnya pada hari pertama  persekolahanIni bagi melancarkan lagi sesi pembelajaran pada hari tersebut.
  5. Pada minggu pertama persekolahan, sesi pelajaran akan berakhir pada  jam 11:00 pg. 
  6. Bagi ibubapa yang menggunakan khidmat VAN, sila pastikan  tuan/puan berurusan dengan pemandu Van supaya tidak berlaku salah faham ketika penghantaran anak-anak dilakukan.

Di kesempatan ini untuk semua warga PASTI, kami berdoa semoga sesi pembelajaran 2013 kali ini menjadi sesi yang terbaik dan sentiasa di bawah naungan dan perlindungan Allah SWT.

Sekian, terima kasih dan salam hormat dari kami.

Sirruu Alla barakatillah.





read more...

Sunday, November 25, 2012

Pendaftaran Sesi 2013

Assalamualaikum

Alhamdulillah , saya dan isteri telah selamat pulang  ke Malaysia dari menunaikan ibadah haji pada tahun ini. Terima kasih pada kawan kawan yang mendoakan kesejahteraan kami berdua.

Pasti Alhilmi akan di tutup dari 1 hb. Disember 2012 sehingga 24 hb. Disember 2012. Pendaftaran sesi 2013 akan dibuka semula bermula dari  25 hb. Disember 2012 dari jam 10.00 pagi hingga 2.00 petang.

Sila berhubung dengan En Mathurudi ditalian 013-3431788 dan Pn Norkhiza ditalian 019 - 202098  bagi sebarang pertanyaan berkenaan dengan pendaftaran 2013.

Terima kasih kepada semua yang telah memberi sokongan dan menjayakan Pasti Alhilmi selama ini.
read more...

Thursday, July 26, 2012

Pendaftaran sesi 2013

Assalamualaikum

Selamat menjalani ibadah puasa di bulan ramadhan yang mulia ini. Semoga Allah akan menerima amalan amalan kita dan memberi keampunan kepada kita semua.

Pendaftaran bagi sesi 2013 telah pun dibuka. Ibubapa boleh mendapatkan borang maklumat pelajar dan senarai bayaran yuran tahun 2013 di Pasti Alhilmi. Pelajar pelajar yang sedia ada, diminta mendaftarkan diri dengan guru di Pasti, sekiranya akan hadir pada tahun hadapan.

Kami juga menerima pendaftaran online. Sila email maklumat berikut

1.           Nama Pelajar
2.           Umur pada tahun 2013
3.           Nama ibu/bapa/penjaga
4.           No. telefon ibu /bapa/penjaga

Hantar ke keyczar@gmail.com



read more...

Tuesday, June 12, 2012

Berbelanja sambil menderma.

 Assalamualaikum
Unit Ekonomi Pasti Wilayah Persekutuan akan mengadakan jualan sarung lengan dan telekung sulam Vietnam. Terdapat 3 jenis telekung , bunga timbul 8 kuntum, 34 kuntum dan 40 kuntum dan didatangkan dalam pelbagai warna jahitan benang. Bagi sarung lengan pula, terdapat 8 jenis warna, iaitu warna hitam, putih, coklat, 'skin color', 'pink', biru muda, hijau muda, dan kelabu. Harga amatlah berpatutan dan sebahagian dari hasil jualan akan disalurkan ke Pasti negeri. Sila berhubung dengan guru guru di Pasti Alhilmi bagi sebarang pertanyaan.



2 contoh telekung yang dijual
 8 kuntum bunga timbul



34 kuntum bunga timbul

read more...

Hari Penyerahan Kad Laporan dan Sesi Gambar Konvokesyen

Assalamualaikum semuanya kepada seluruh warga Pasti Alhilmi.

Selamat kembali bersekolah kepada semua anak anak. Semoga semuanya bergembira di cuti penggal yang lalu. Hari penyerahan kad laporan peperiksaan pertengahan tahun anak anak akan diadakan pada 15 hb. Jun 2012 ini bermula dari jam 8.00 pagi sehingga jam 11.00 pagi. Semoga ibubapa / panjaga dapat meluangkan masa untuk hadir bagi membincangkan prestasi pelajaran anak anak. 

Sesi gambar konvokesyen anak anak akan diadakan pada 25 hb. Jun 2012. Sila pastikan anak anak hadir pada tarikh tersebut kerana sesi bergambar ini tidak akan diulang bagi kali kedua. Terima kasih diatas segala sokongan yang telah diberikan selama ini, Wassalam.


read more...

Saturday, May 12, 2012

Selamat Hari Ibu



Assalammualaikum Warahmatullah

Pasti Al Hilmi mengambil kesempatan mengucapkan HARI IBU kepada semua Warga 
PASTI AL HILMI.Semoga hari ini kita dapat 'berhenti sejenak' mengimbau masa lalu betapa peranan seorang ibu selama ini telah membentuk jatidiri kita, membina kekuatan peribadi dan menjadikan diri kita sekarang ini.

Dan betapa 'peranan' tersebut telah menjadi 'milik' kita sekarang. Baru lah kita sedar betapa sukarnya memikul tanggungjawab tersebut. Marilah kita melihat kata-kata saidatina Khatijah ketika saat beliau menghembuskan nafas terakhirnya.

 ”Wahai rasul utusan Allah, jika tiada lagi harta dan hal lainnya yang bersamaku untuk
   aku sumbangkan demi dakwah.Andai selepas kematianku,tulang-tulangku mampu ditukar
   dengan dinar dan dirham, maka gunakanlah tulang-tulangku demi kepentingan dakwah yang
   panjang ini”

Semoga kata-kata ibu kepada seluruh umat Islam ini menjadi pedoman untuk semua dalam menetukan sasaran dan arah tuju kehidupan kita semua.

Sekali lagi SELAMAT HARI IBU 2012.....dari ... PASTI AL HILMI Wangsa Maju.



read more...

Thursday, May 10, 2012

Peperiksaan Pertengahan Tahun

Assalamualaikum. Semoga semua warga Pasti Alhilmi berada  dalam lindungan Allah hendaknya. Lama blog ini tidak di 'update'. Maaf, masing masing sibuk dengan tugasan harian.

Sudah 4 bulan lebih anak anak menghadiri  kelas. Sekarang tiba masanya anak anak  diuji akan apa yang telah dipelajari setakat ini. Peperiksaan pertengahan tahun akan diadakan dari  14 hb. Mei 2012 hingga 17 hb. Mei 2012. Semoga anak anak akan mencuba membuat yang terbaik.

Terima kasih kepada guru guru yang telah mendidik anak anak dengan penuh kesabaran. Anak anak bukan sahaja diajar menulis, membaca ,   menghafal, dan mengira. Malah lebih dari itu lagi anak anak diajar berdikari, bergaul sesama kawan, tolong menolong, dan yang utama diajar menjadi anak anak yang soleh dan solehah.

Sekali lagi diucapkan selamat maju jaya kepada anak anak semua.


read more...

Monday, February 13, 2012

Sambutan Maulidur Rasul anak anak Pasti

read more...

Sunday, January 29, 2012

Perutusan Maulidul Rasul

Salam semua warga Pasti Al Hilmi.
Di dalam kesibukan kita melayari hidup, kadang-kadang kita terlupa kepada manusia yang paling berjasa dalam hidup kita iatu Rasullulah S.A.W. Pada 5 Feb 2012 nanti adalah hari keputraan junjungan besar kita Muhammad S.A.W yang kita kasih dan rindu. Sudah 1400 tahun yang lalu beliau telah meninggalkan kita. Betapa jauhnya masa kita denganNya dan betapa jauhnya amalan sunnah y ang telah kita tinggalkan selama ini. Moga-moga dengan mengingati hari keputraanya kita akan kembali menilai pengorbanan beliau dan para sahabat dengan jasa dan pengorbanan mereka sehingga kita mendapat hidayat sebagai ummat Muhammad S.A.W. Pasti Al Himi mengambil kesempatan ini dengan menyajikan lirik nasyid Rasullullah (Hijaz) untuk sama-sama kita menghayatinya.



Rasulullah dalam mengenangmu
Kami susuli lembaran sirahmu
Pahit getir pengorbananmu
Membawa cahaya kebenaran

Engkau taburkan pengorbananmu
Untuk umatmu yang tercinta
Biar terpaksa tempuh derita
Cekalnya hatimu menempuh ranjaunya

Tak terjangkau tinggi pekertimu
Tidak tergambar indahnya akhlakmu
Tidak terbalas segala jasamu
Sesungguhnya engkau rasul mulia
Tabahnya hatimu menempuh dugaan
Mengajar erti kesabaran
Menjulang panji kemenangan
Terukir namamu di dalam Al-Quran

Rasulullah kami umatmu
Walau tak pernah melihat wajahmu
Kami cuba mengingatimu
Dan kami cuba mengamal sunnahmu

Kami sambung perjuanganmu
Walau kita tak pernah bersua
Tapi kami tak pernah kecewa
Allah dan rasul sebagai pembela

Semoga Nasyid ini mengarap tanggungjawab bersama dalam mendepani tribulasi Islam masa kini dan masa akan datang.

Salam hormat dari pengurus Pasti Al Hilmi.
read more...