Saturday, May 12, 2012

Selamat Hari Ibu



Assalammualaikum Warahmatullah

Pasti Al Hilmi mengambil kesempatan mengucapkan HARI IBU kepada semua Warga 
PASTI AL HILMI.Semoga hari ini kita dapat 'berhenti sejenak' mengimbau masa lalu betapa peranan seorang ibu selama ini telah membentuk jatidiri kita, membina kekuatan peribadi dan menjadikan diri kita sekarang ini.

Dan betapa 'peranan' tersebut telah menjadi 'milik' kita sekarang. Baru lah kita sedar betapa sukarnya memikul tanggungjawab tersebut. Marilah kita melihat kata-kata saidatina Khatijah ketika saat beliau menghembuskan nafas terakhirnya.

 ”Wahai rasul utusan Allah, jika tiada lagi harta dan hal lainnya yang bersamaku untuk
   aku sumbangkan demi dakwah.Andai selepas kematianku,tulang-tulangku mampu ditukar
   dengan dinar dan dirham, maka gunakanlah tulang-tulangku demi kepentingan dakwah yang
   panjang ini”

Semoga kata-kata ibu kepada seluruh umat Islam ini menjadi pedoman untuk semua dalam menetukan sasaran dan arah tuju kehidupan kita semua.

Sekali lagi SELAMAT HARI IBU 2012.....dari ... PASTI AL HILMI Wangsa Maju.



read more...

Thursday, May 10, 2012

Peperiksaan Pertengahan Tahun

Assalamualaikum. Semoga semua warga Pasti Alhilmi berada  dalam lindungan Allah hendaknya. Lama blog ini tidak di 'update'. Maaf, masing masing sibuk dengan tugasan harian.

Sudah 4 bulan lebih anak anak menghadiri  kelas. Sekarang tiba masanya anak anak  diuji akan apa yang telah dipelajari setakat ini. Peperiksaan pertengahan tahun akan diadakan dari  14 hb. Mei 2012 hingga 17 hb. Mei 2012. Semoga anak anak akan mencuba membuat yang terbaik.

Terima kasih kepada guru guru yang telah mendidik anak anak dengan penuh kesabaran. Anak anak bukan sahaja diajar menulis, membaca ,   menghafal, dan mengira. Malah lebih dari itu lagi anak anak diajar berdikari, bergaul sesama kawan, tolong menolong, dan yang utama diajar menjadi anak anak yang soleh dan solehah.

Sekali lagi diucapkan selamat maju jaya kepada anak anak semua.


read more...