Tuesday, June 12, 2012

Berbelanja sambil menderma.

 Assalamualaikum
Unit Ekonomi Pasti Wilayah Persekutuan akan mengadakan jualan sarung lengan dan telekung sulam Vietnam. Terdapat 3 jenis telekung , bunga timbul 8 kuntum, 34 kuntum dan 40 kuntum dan didatangkan dalam pelbagai warna jahitan benang. Bagi sarung lengan pula, terdapat 8 jenis warna, iaitu warna hitam, putih, coklat, 'skin color', 'pink', biru muda, hijau muda, dan kelabu. Harga amatlah berpatutan dan sebahagian dari hasil jualan akan disalurkan ke Pasti negeri. Sila berhubung dengan guru guru di Pasti Alhilmi bagi sebarang pertanyaan.



2 contoh telekung yang dijual
 8 kuntum bunga timbul



34 kuntum bunga timbul

read more...

Hari Penyerahan Kad Laporan dan Sesi Gambar Konvokesyen

Assalamualaikum semuanya kepada seluruh warga Pasti Alhilmi.

Selamat kembali bersekolah kepada semua anak anak. Semoga semuanya bergembira di cuti penggal yang lalu. Hari penyerahan kad laporan peperiksaan pertengahan tahun anak anak akan diadakan pada 15 hb. Jun 2012 ini bermula dari jam 8.00 pagi sehingga jam 11.00 pagi. Semoga ibubapa / panjaga dapat meluangkan masa untuk hadir bagi membincangkan prestasi pelajaran anak anak. 

Sesi gambar konvokesyen anak anak akan diadakan pada 25 hb. Jun 2012. Sila pastikan anak anak hadir pada tarikh tersebut kerana sesi bergambar ini tidak akan diulang bagi kali kedua. Terima kasih diatas segala sokongan yang telah diberikan selama ini, Wassalam.


read more...