Thursday, December 12, 2013

Maklumat terkini Pendaftaran 2014

Pendaftaran untuk pelajar 5 tahun telah pun ditutup. Hanya anak anak yang berumur 4 dan 6 tahun sahaja yang akan diterima untuk mendaftar lagi. Pendaftaran akan mula dibuka dari 25 hb. Disember 2013 hingga 31 hb. Disember 2013 dari jam 9.00 pagi ke 1.00 petang. Semoga ibubapa dapat hadir pada tarikh tersebut bagi memudahkan segala urusan pendaftaran.
read more...

Monday, January 7, 2013

Hari Pertama Persekolahan -2013















Assalamuailaikum

Kepada semua anak-anak Pasti AlHilmi, selamat melalui hari pertama persekolahan, Seronok tak? sudah tentu ianya menjadi pengalaman menarik khususnya kepada anak-anak yang pertama kali menghadiri kelas di Pra Tadika tersebut.
Sudah tentu Ibupapa juga merasa teruja dengan telatah anak-anak masing-masing. Tahniah kepada semua ibubapa yang telah meninggalkan anak-anak mereka kepada cikgu buat sementara waktu di Pasti. Untuk pertama kalinya sudah tentu ibubapa merasa risau dan tertanya-tanya tentang telatah anak-anak masing-masing. Dan sudah tentu macam-macam cerita dari anak-anak ketika balik kerumah.Kami doakan anak-anak sentiasa ceria di Pasti Al Hilmi. Di samping itu kami juga doakan keselamatan kita semua khususnya anak-anak kita sentiasa dibawah perhatian dan bimbingan Allah dan semoga tahun 2013 menjadikan tahun pembelajaran yang lebih ceria dan cemerlang berbandingkan dengan tahun-tahun sebelumnya.

Selamat bersekolah dan semoga tarbiah dari Pasti Al Hilmi akan menjadi asas kepada kekuatan aqidah dan akhlak dihari-hari muka.Gambar-gambar di atas menceritakan peristiwa di hari pertama persekolahan.
read more...