Thursday, January 6, 2011

Ceria-Ceria 2011




Assalamualaikum W.R.T.

Semoga anda semua berada dalam keadaan sihat sejahtera.
5 hari yang lepas, kelihatan wajah riang anak-anak PASTI yang sudah berdaftar di Pasti Al-Hilmi Sri Rampai. Mungkin tidak keberatan untuk saya berkongsi dengan anda semua wajah anak-anak PASTI yang suatu hari nanti akan meninggikan kalimah Allah. Insya-Allah.

Teringat saya sebuah syair arab..

Sahabat,
Andainya kematian kau tangisi
Pusara kau siram dengan air matamu
Maka di atas tulang belulangku yang sudah luluh
Nyalakanlah obor untuk umat ini
Dan …
Lanjutkanlah gerak merebut kemenangan

Sahabat,
Kematianku hanyalah suatu perjalanan
Memenuhi panggilan kekasih yang merindu
Taman-taman indah di syurga Allah
Terhampar menanti
Burung burungnya berpesta menyambutku
Dan berbahagilah hidupku disana

Sahabat,
Puaka kegelapan pasti kan lebur
Fajar kan menyingsing
Dan alam ini kan disinari cahaya lagi
Relakanlah rohku terbang menjelang rindunya
Jangan gentar berkelana ke alam abadi
Disana … cahaya fajar memancar

Di tulis oleh As-Syahid Syed Qutb sebelum dihukum gantung.

Bukanlah sya menulis sajak ini untuk di baca oleh kanak-kanak yang belum mengerti hakikat dunia sebenar. Tapi saya menulis syair ini sebagai panduan kepada Ibu Bapa. Adakah kita tidak mahukan anak-anak kita mengakhiri hidupnya seperti As-Syahid Syed Qutb, As-Syahid Imam Hassan Al-Banna, dan lain-lain. Mereka ini pada mudanya diasuh dengan asuhan islam, dididik dengan sulaman-sulaman halus yang menghsilkan pemuda yang tegas dan kukuh. Dan semuanya bermula ketika mereka masih kecil.

Jadi kepada para Ibu Bapa yang sudah menghantar anaknya ke Pasti, anda tidak perlu terlalu bimbang kerana anda telah menunaikan tanggungjawab anda sebagai Ibu Bapa yang prihatin. Dan mereka yang tidak menghantar anak mereka ke tadika-tadika Islam, seharusnya anda sedar tentang hakikat kehidupan yang mengarah kepada Islam. Dan anda masih belum terlambat. Fikirkanlah....
read more...