Friday, December 16, 2011

Pendaftaran 2012 PASTI ALHILMI Wangsa Maju - 26 Dec 2011 - 30 Dec 2011


Assalam mualaikum kepada semua warga PASTI AL HILMI.PASTI ALHILMI akan sekali lagi membuka pendaftaran pelajar bagi kemasukan 2012 seperti berikut:

Tarikh :Isnin 26 Dec 2011 - 30 Dec 2011.
Masa : 9:30 pg - 2:30 ptg
Tempat : PASTI AL HILMI
Alamat : No 1, Jalan 73/26, Taman Sri Rampai


Untuk memudahkan dan melancarkan urusan pendaftaran dan penempatan pelajar Al Hilmi sila datang pada tarikh di atas. Bagi mereka yang tak sempat hadir sila maklumkan kepada urusetia di bawah. Oleh kerana penempatan adalah terhad, keutamaan penempatan adalah kepada mereka yang mendaftar awal .. . InsyaAllah.

Segala pertanyaan sila hubungi:
i. Penolong Pengurus Pasti Al Hilmi : Norkhiza Bahari - 019-2020 984
ii. Cikgu Masita : 016-6253 051
iii. Cikgu Aina: 016-2902 476
read more...

Tuesday, September 6, 2011

Pendaftran PASTI AL HILMI 2012 Dibuka sekarang


Assalamu alaikum wa Rahmatullah wa Barakatu,

Salam Aidil Fitri 2011 kepada semua ibu-bapa dan anak-anak AL HILMI
dan seluruh PASTI di seluruh Malaysia

Kami mengharapkan semua ibubapa dan anak-anak berada di adalm keadaan sihat dan sentiasa di bawah perlindungan Allah hendaknya. Alhamdulillah kita telah melepasi bulan ramadhan dengan jayanya dan sedang meniti puasa 6 hari shawal. Kami mengharapkan semua ibubapa dapat mengharungi puasa 6 dengan jayanya sebagai tanda kesukuran kita dapat berada di bulan yang mulia sebelum ini. Saya doakan semua amal kita diterima Allah sebagai amal solleh dan menjadi simpanan khazanah amal di hadapan Allah di akhirat nanti.

Bagi anak-anak pasti, ada 3 lagi program besar besar yang akan ditempoh iaitu,SUKAN PASTI TAHUNAN, PEPERIKSAN AKHIR TAHUN dan IHTIFAL tahunan 2011. Di harap ibubapa dan anak-anak bersedia bagi menghadapi program-program tersebut dengan jayanya.

Disamping program-program tersebut, Pihak PASTI AL Hilmi juga akan membuka pendaftaran awal 2012 bermula sekarang 11 Sept, 2011. Sebagai pendahuluan, pihak tuan puan boleh mendaftar secara on-line (melaui e-mail keyczar@gmail.com )dengan menyatakan butiran dibawah:-

i. Nama Penjaga (Ibu-Ayah) dan No Tel
ii. Nama Anak
iii. Umur anak tahun 2012
iv. Jangkaan saiz baju anak (anggaran S/M/L/XL/XXL)
v. e-mail penjaga (jika ada)


Maklumat di atas akan membolehkan kami menyediakan persediaan awal dari segi
buku, kelengkapan mengajar, penempatan dan sebagainya untuk penyediaan persekolahan 2012 nanti.

Segala pertanyaan sila berhubung dengan talian dibawah
Mathurudi - 013-343 1788 Puan Norkhiza - 019 2020984


Terima kasih kerana memilih PASTI Al HILMI sebagai penyedian awal pendidikan Islam anak-anak tuan.

Terima kasih dan salam hormat dari Pengurus PASTI AL HILMI.


read more...

Saturday, July 2, 2011

Sambutan Hari Guru dan Hari Keluarga Pasti Alhilmi




Pada 2 hb. Julai yang lalu Pasti Alhilmi telah mengadakan majlis sambutan hari guru disamping meraikan ibubapa/penjaga dan anak anak Pasti Alhilmi. Majlis bermula dari jam 9.00 pagi dan berakhir sekitar jam 1.00 tengahari. Jutaan terima kasih diucapkan kepada semua yang telah menjayakan majlis ini.



Kehadiran tetamu yang terdiri dari ibubapa dan anak-anak Pasti Alhilmi

Ucapan alu-aluan dari pengurus Pasti Alhimi, Saudara Mathurudi

Ucapan wakil Wangsa Maju, Ustaz Abdul Rani menyentuh tentang pendidikan awal anak-anak serta kepentingan mereka dihantar ke pendidikan Islam.


Tetamu yang hadir sedang memberi tumpuan kepada ucapan wakil dari Pemuda Wangsa Maju

Hadiah dari Ibubapa dan Pelajar kepada Guru-guru PASTI

Anak anak sedang menjamu selera


read more...

Wednesday, March 2, 2011

Sambutan Maulidur Rasul 2011

Bertemakan 'Lahirnya Rasulullah s.a.w Membawa Rahmat' Pasti Al-Hilmi telah mengadakan perarakan Sambutan Maulidur Rasul pada hari Jumaat, 18 Februari 2011 di kawasan sekitar tadika. Perarakan bermula pada jam 9.00 pagi sehingga jam 10.oo pagi.




Tujuan program ini diadakan untuk memupuk dan menyemai perasaan cinta kepada nabi semenjak kecil lagi. Seterusnya, memperkenalkan biografi Rasululullah kepada anak-anak supaya dapat dijadikan teladan dalam hidup.



Jutaan terima kasih kepada ibu bapa yang memberi sumbangan bagi menjayakan program ini.
read more...

Thursday, January 6, 2011

Ceria-Ceria 2011




Assalamualaikum W.R.T.

Semoga anda semua berada dalam keadaan sihat sejahtera.
5 hari yang lepas, kelihatan wajah riang anak-anak PASTI yang sudah berdaftar di Pasti Al-Hilmi Sri Rampai. Mungkin tidak keberatan untuk saya berkongsi dengan anda semua wajah anak-anak PASTI yang suatu hari nanti akan meninggikan kalimah Allah. Insya-Allah.

Teringat saya sebuah syair arab..

Sahabat,
Andainya kematian kau tangisi
Pusara kau siram dengan air matamu
Maka di atas tulang belulangku yang sudah luluh
Nyalakanlah obor untuk umat ini
Dan …
Lanjutkanlah gerak merebut kemenangan

Sahabat,
Kematianku hanyalah suatu perjalanan
Memenuhi panggilan kekasih yang merindu
Taman-taman indah di syurga Allah
Terhampar menanti
Burung burungnya berpesta menyambutku
Dan berbahagilah hidupku disana

Sahabat,
Puaka kegelapan pasti kan lebur
Fajar kan menyingsing
Dan alam ini kan disinari cahaya lagi
Relakanlah rohku terbang menjelang rindunya
Jangan gentar berkelana ke alam abadi
Disana … cahaya fajar memancar

Di tulis oleh As-Syahid Syed Qutb sebelum dihukum gantung.

Bukanlah sya menulis sajak ini untuk di baca oleh kanak-kanak yang belum mengerti hakikat dunia sebenar. Tapi saya menulis syair ini sebagai panduan kepada Ibu Bapa. Adakah kita tidak mahukan anak-anak kita mengakhiri hidupnya seperti As-Syahid Syed Qutb, As-Syahid Imam Hassan Al-Banna, dan lain-lain. Mereka ini pada mudanya diasuh dengan asuhan islam, dididik dengan sulaman-sulaman halus yang menghsilkan pemuda yang tegas dan kukuh. Dan semuanya bermula ketika mereka masih kecil.

Jadi kepada para Ibu Bapa yang sudah menghantar anaknya ke Pasti, anda tidak perlu terlalu bimbang kerana anda telah menunaikan tanggungjawab anda sebagai Ibu Bapa yang prihatin. Dan mereka yang tidak menghantar anak mereka ke tadika-tadika Islam, seharusnya anda sedar tentang hakikat kehidupan yang mengarah kepada Islam. Dan anda masih belum terlambat. Fikirkanlah....
read more...