Saturday, December 22, 2012

Perutusan Dari PASTI AL-HILMI dan Permulaan Persekolahan Sesi 2013


Assalamualaikum W.B.T

Kepada semua ibu-bapa yang dirahmati Allah sekalian,

Semoga dalam keadaan sihat dan ceria bersama anak-anak sekeluarga. Dalam tidak beberapa hari lagi akan tiba hari persekolahan khususnya anak-anak pra-sekolah yang pertama kali memasuki alam persekolah. Sudah tentu ibu-bapa merasa teruja di samping bimbang untuk meninggalkan anak-anak tersebut buat pertama kalinya.

Bagi memudahkan sesi persekolahan tahun ini di bawah dinyatakan beberapa perkara yang berkaitan yang perlu dipatuhi bersama:

  1. Sila buat pendaftaran dan  bayaran yang berkaitan pada tarikh pendaftaran dibuka pada 25 Dis 2012 sehingga 31 Dis 2012 bermula jam 10:00 pg sehingga jam 2:00 ptg.
  2. Mohon kerjasama ibubapa supaya tidak mendaftar pada pagi hari pertama persekolahan bagi mengelakkan gangguan kepada guru-guru dan pembantu guru yang bertugas. Pendaftaran boleh dibuat pada sebelah petang.
  3. Sayugia dimaklumkan penempatan pelajar Al Hilmi adalah terhad dan sekiranya didapati kelas telah penuh maka pendaftran baru akan ditutup.
  4. Dinasihatkan kepada semua ibubapa untuk meninggalkan anak-anak kepada guru yang bertugas dan tidak dibenarkan tinggal dan menunggu anak-anak khususnya pada hari pertama  persekolahanIni bagi melancarkan lagi sesi pembelajaran pada hari tersebut.
  5. Pada minggu pertama persekolahan, sesi pelajaran akan berakhir pada  jam 11:00 pg. 
  6. Bagi ibubapa yang menggunakan khidmat VAN, sila pastikan  tuan/puan berurusan dengan pemandu Van supaya tidak berlaku salah faham ketika penghantaran anak-anak dilakukan.

Di kesempatan ini untuk semua warga PASTI, kami berdoa semoga sesi pembelajaran 2013 kali ini menjadi sesi yang terbaik dan sentiasa di bawah naungan dan perlindungan Allah SWT.

Sekian, terima kasih dan salam hormat dari kami.

Sirruu Alla barakatillah.





read more...