Thursday, January 6, 2011

Ceria-Ceria 2011




Assalamualaikum W.R.T.

Semoga anda semua berada dalam keadaan sihat sejahtera.
5 hari yang lepas, kelihatan wajah riang anak-anak PASTI yang sudah berdaftar di Pasti Al-Hilmi Sri Rampai. Mungkin tidak keberatan untuk saya berkongsi dengan anda semua wajah anak-anak PASTI yang suatu hari nanti akan meninggikan kalimah Allah. Insya-Allah.

Teringat saya sebuah syair arab..

Sahabat,
Andainya kematian kau tangisi
Pusara kau siram dengan air matamu
Maka di atas tulang belulangku yang sudah luluh
Nyalakanlah obor untuk umat ini
Dan …
Lanjutkanlah gerak merebut kemenangan

Sahabat,
Kematianku hanyalah suatu perjalanan
Memenuhi panggilan kekasih yang merindu
Taman-taman indah di syurga Allah
Terhampar menanti
Burung burungnya berpesta menyambutku
Dan berbahagilah hidupku disana

Sahabat,
Puaka kegelapan pasti kan lebur
Fajar kan menyingsing
Dan alam ini kan disinari cahaya lagi
Relakanlah rohku terbang menjelang rindunya
Jangan gentar berkelana ke alam abadi
Disana … cahaya fajar memancar

Di tulis oleh As-Syahid Syed Qutb sebelum dihukum gantung.

Bukanlah sya menulis sajak ini untuk di baca oleh kanak-kanak yang belum mengerti hakikat dunia sebenar. Tapi saya menulis syair ini sebagai panduan kepada Ibu Bapa. Adakah kita tidak mahukan anak-anak kita mengakhiri hidupnya seperti As-Syahid Syed Qutb, As-Syahid Imam Hassan Al-Banna, dan lain-lain. Mereka ini pada mudanya diasuh dengan asuhan islam, dididik dengan sulaman-sulaman halus yang menghsilkan pemuda yang tegas dan kukuh. Dan semuanya bermula ketika mereka masih kecil.

Jadi kepada para Ibu Bapa yang sudah menghantar anaknya ke Pasti, anda tidak perlu terlalu bimbang kerana anda telah menunaikan tanggungjawab anda sebagai Ibu Bapa yang prihatin. Dan mereka yang tidak menghantar anak mereka ke tadika-tadika Islam, seharusnya anda sedar tentang hakikat kehidupan yang mengarah kepada Islam. Dan anda masih belum terlambat. Fikirkanlah....
read more...

Saturday, December 18, 2010

Pendaftaran bagi Pelajar Pasti Al-Hilmi di Buka

Assalamualaikum......
Untuk makluman semua selepas ini blog Pasti Al-Hilmi akan kembali aktif menulis dan merakamkan segala aktiviti-aktiviti dan makluman-makluman yang terkini.
Sehubungan dengan itu, pihak pengurusan pasti sudah membuka pendaftaran kepada mereka yang ingin mendapatkan pendidikan islam buat anak-anak mereka.

Maklumatnya adalah seperti berikut:
Tarikh: 19/12/2010 - 30/12/2010 kecuali pada hari sabtu dan ahad.
Masa: 8.00am - 6.00 pm
Tempat: Di perkarangan Pasti Al-Hilmi, No 1, Jalan 73/26 Taman Seri Rampai 53300 Kuala Lumpur.

Ayuh merebut peluang untuk menghantar anak-anak anda ke Pasti Al-Hilmi.

PERHATIAN: TEMPAT ADALAH TERHAD!!!
read more...

Thursday, May 6, 2010

GURU DIPERLUKAN

Guru sepenuh masa



Tempat tinggal dan makanan disediakan
keutamaan pada yang bujang (perempuan sahaja)

Sila hubungi:
Puan Norkhiza Bte Bahari 019-2020 984
Cikgu Masitah Bte Ramli 016-6253 051


read more...

Tuesday, January 5, 2010

Ragam Anak-anak Hari Pertama

Tanggal 4 Januari 2010,
Bermulalah detik baru dalam hidup kita semua, terutamanya ibu bapa, begitu juga anak-anak. Pelbagai ragam yang 'terpamer' untuk santapan kita semua.


ibu yang setia menunggu
di mana para bapa ..??

buat ape tu??



tgh kelas pun menyusu..??!!

Tibalah saat untuk rehat...







eh..?? tak makan ker??

Begitulah serba sedikit ragam (sebenarnya macam-macam) yang boleh di pamerkan untuk dilihat bersama.
Wassalam...




read more...

Tuesday, December 15, 2009

Assalamualaikum.

Samada kita sedar atau tidak, tahun 2009 telahpun sampai ke penghujungnya. Hanya sebulan lebih sahaja lagi anak anak akan belajar di Pasti bagi tahun ini. Bagi anak anak 6 tahun, tahun ini merupakan tahun terakhir mereka di alam tadika. Selepas ini mereka akan memasuki alam persekolahan yang lebih mencabar samada dari segi pergaulan atau dari segi pelajaran. Semoga segala yang dipelajari di Pasti akan dimanfaatkan sepenuhnya pada masa masa yang mendatang.

Peperiksaan akhir tahun akan bermula dari 19 hb. Oktober 2009 hingga 22 hb. Oktober 2009.
Selamat maju jaya diucapkan kepada semua anak anak.
read more...
Assalamualaikum.....
Segala puji hanya bagi Allah kerana membenarkan saya untuk menghasilkan satu blog yang khusus untuk Pasti Al Hilmi. Tujuan diadakan blog ini adalah untuk lebih memperkenalkan Pasti Al Hilmi kepada masyarakat setempat. Selain itu juga untuk memudahkan kepada kami berkongsi perkara-perkara dan aktiviti-aktiviti kepada ibu bapa berkenaan anak-anak mereka.

Sejarah Ringkas Pasti Al Hilmi......
Pasti Al-Hilmi ini ditubuhkan pada 1 Januari 2000 dengan jumlah pelajarnya seramai 35 orang. Diasuh dengan 2 orang guru dan seorang guru pembantu.

Lokasi Pasti Al Hilmi.......
Pasti Al Hilmi terletak di No. 1 Jalan 73/26, Taman Sri Rampai, Wangsa Maju , Kuala Lumpur berdekatan dengan Sekolah Kebangsaan Taman Sri Rampai. Boleh dihubungi di talian 019-2020984, 013-3431788.

Walaupun melalui berbagai-bagai halangan untuk mempertahankan pasti atau tadika yang berasakan konsep Islam ini, Allah masih lagi membenarkan pasti ini untuk hidup dan berkembang sehinggalah ke saat ini dengan jumlah pelajarnya seramai 49 orang termasuk transit seramai 5 orang. Jadi jumlah pelajar yang telah di asuh setakat ini melebihi 300 orang. Alhamdulillah.

Salam perkenalan daripada kami Pasti Al-Hilmi. InsyaAllah blog ini akan di kemaskinikan dalam masa yang terdekat. Syukran
read more...