Tuesday, December 15, 2009

Assalamualaikum.....
Segala puji hanya bagi Allah kerana membenarkan saya untuk menghasilkan satu blog yang khusus untuk Pasti Al Hilmi. Tujuan diadakan blog ini adalah untuk lebih memperkenalkan Pasti Al Hilmi kepada masyarakat setempat. Selain itu juga untuk memudahkan kepada kami berkongsi perkara-perkara dan aktiviti-aktiviti kepada ibu bapa berkenaan anak-anak mereka.

Sejarah Ringkas Pasti Al Hilmi......
Pasti Al-Hilmi ini ditubuhkan pada 1 Januari 2000 dengan jumlah pelajarnya seramai 35 orang. Diasuh dengan 2 orang guru dan seorang guru pembantu.

Lokasi Pasti Al Hilmi.......
Pasti Al Hilmi terletak di No. 1 Jalan 73/26, Taman Sri Rampai, Wangsa Maju , Kuala Lumpur berdekatan dengan Sekolah Kebangsaan Taman Sri Rampai. Boleh dihubungi di talian 019-2020984, 013-3431788.

Walaupun melalui berbagai-bagai halangan untuk mempertahankan pasti atau tadika yang berasakan konsep Islam ini, Allah masih lagi membenarkan pasti ini untuk hidup dan berkembang sehinggalah ke saat ini dengan jumlah pelajarnya seramai 49 orang termasuk transit seramai 5 orang. Jadi jumlah pelajar yang telah di asuh setakat ini melebihi 300 orang. Alhamdulillah.

Salam perkenalan daripada kami Pasti Al-Hilmi. InsyaAllah blog ini akan di kemaskinikan dalam masa yang terdekat. Syukran
Digg Google Bookmarks reddit Mixx StumbleUpon Technorati Yahoo! Buzz DesignFloat Delicious BlinkList Furl

0 comments: on " "

Post a Comment