Thursday, May 10, 2012

Peperiksaan Pertengahan Tahun

Assalamualaikum. Semoga semua warga Pasti Alhilmi berada  dalam lindungan Allah hendaknya. Lama blog ini tidak di 'update'. Maaf, masing masing sibuk dengan tugasan harian.

Sudah 4 bulan lebih anak anak menghadiri  kelas. Sekarang tiba masanya anak anak  diuji akan apa yang telah dipelajari setakat ini. Peperiksaan pertengahan tahun akan diadakan dari  14 hb. Mei 2012 hingga 17 hb. Mei 2012. Semoga anak anak akan mencuba membuat yang terbaik.

Terima kasih kepada guru guru yang telah mendidik anak anak dengan penuh kesabaran. Anak anak bukan sahaja diajar menulis, membaca ,   menghafal, dan mengira. Malah lebih dari itu lagi anak anak diajar berdikari, bergaul sesama kawan, tolong menolong, dan yang utama diajar menjadi anak anak yang soleh dan solehah.

Sekali lagi diucapkan selamat maju jaya kepada anak anak semua.



Digg Google Bookmarks reddit Mixx StumbleUpon Technorati Yahoo! Buzz DesignFloat Delicious BlinkList Furl

0 comments: on "Peperiksaan Pertengahan Tahun"

Post a Comment